Kuliah Khas bertajuk Anak Soleh oleh Ustaz Badli Shah Alauddin telah sempurna dilaksanakan pada 10hb April yang lalu. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan di antara isi kandungan kuliah :
1. Jawab panggilan dengan segera.
2. Kisah Uwais Al-Qarni yang taadan setia menjaga ibu yang menjadikan setiap doanya makbul
3. Cuba penuhi hajat ibu semampunya
4. Bercakap sopan dengan ibu
5. Jenguk ibu sekerap yang boleh.
6. Ibu hendaklah mendoakan kebaikan untuk anak-anak.
7. Suapkan makanan ke mulut ibu ketika sihat apatah lagi sakit.
8. Berbakti kepada sahabat dan saudara mara ibu bapa, sekiranya mereka telah meninggal dunia.
Pencen Kubur :
1. Terlibat dalam pembinaan masjid
2. Membina rumah untuk wakaf
3. Menggali parit selagi diguna
4. Sedekahkan harta
5. Mengajar ilmu
6. Mewariskan mushaf
7. Meninggalkan anak soleh.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini, semoga dibalas dengan kerehdaan Allah dunia dan akhirat...Amin.
No comments:
Post a Comment